Sunday, July 28, 2013

LePas Ni BeLajaR BeTuL-BeTuL~


Terkadang kita belajar, bukan untuk hidup kita sendiri, tetapi untuk mereka yang sudah tiada...
Al-Fatihah buat kedua ibu bapa kita..
Al-Fatihah~
Semoga mereka sentiasa dalam Rahmat-Nya InSya.Allah..
Amiinn..

wasalam. salam Ramadhan Kareem.

Sunday, June 23, 2013

cemBURU

ASSALAMMUALAIKUM...

SAHABAT-SAHABAT ANA YG BUDIMAN

Cemburu membuktikan yang kita takut kehilangannya, tapi INGAT!! Cemburu yang BERLEBIHAN juga akan membuat kita kehilangannya....

^_________________^ jangan cemburu ya ....


SALAM UKHWAH FILLAH
SEBARKAN CINTA....SEBARKAN DOA


cap: sini

" MAAFKAN ABANG, SAYANG"



TULISAN : Aidil Sahipaludin (Pakar diari hati)

Adakalanya, kita rasa marah kepada isteri kita. Pada masa itu bermacam-macam perkara buruk yang ingin kita lakukan kepada isteri kita.

Mungkin juga pada masa ini kita sedang berkrisis dengan isteri. Mungkin krisis itu krisis kecil. Mungkin juga, krisis itu bertaraf gelombang sebesar tsunami. Tidak mustahil, bila berlakunya perselisihan faham seperti ini, kita kan berpatah arang dengan isteri kita.

Walau apapun yang berlaku, janganlah kita menzalimi mereka. Jangan kita bertindak keterlaluan terhadap mereka. Kenangkanlah kembali kebaikan yang pernah mereka lakukan terhadap kita suatu masa dahulu.

Tanyakanlah pada diri kita :-

'' Bukankah dia pernah melayan aku dengan begitu baik sekali saat-saat aku bahagia dengannya? ''

'' Bukankah pada masa aku tertekan dengan bebanan kerja, dia telah menenangkan aku dengan kata-kata semangatnya? ''

'' Bukankah dia sanggup mengandungkan setiap anak-anak aku selama 9 bulan.. Tanpa mengabaikan tanggungjawabnya terhadap aku? ''

Nah !! Wajarkah kita menyakiti mereka andai 3 soalan di atas pun tidak terjawab? Bahkan.. Begitu banyak lagi soalan yang menyatakan bahawa kebaikan yang mereka lakukan takkan mampu untuk kita hitung dan takkan terbalaskan..

Oleh itu, semarah manapun kita, peringkat marah kita tidak dapat menandingi peringkat pengorbanan yang telah mereka abdikan kepada kita. Pengorbanan kasih sayang dan taat setia. Pengorbanan khas hanya kepada seorang ketua merangkap suami tercinta ♥

SEBARKAN TULISAN INI.

cap: sini

Tuesday, July 20, 2010

OBJEKTIF SEKOLAH



Membangunkan sahsiah pelajar selaras dengan syariat Islam.

Melahirkan pelajar yang berkualiti, bersemangat tinggi, dan berdaya saing untuk cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.

Menanamkan kesedaran kepada pelajar bahawa menuntut ilmu itu adalah wajib.

Melahirkan pelajar yang mematabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Melahirkan pelajar yang sedar betapa pentingnya aspek rohani, jasmani, intelek, emosi dan sosial mengikut garis panduan Islam.

Membina pelajar yang mempunyai pengetahuan yang mantap dalam bidang sains dan teknologi.

Melahirkan pelajar yang boleh menguasai dengan cekap dalam Pengetahuan Islam, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.